SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK DUSUN

Selasa, 19 April 2011

JUTAAN TAHNIAH KEPADA PEMAIN BOLA TAMPAR!!!!

Syabas kepada pemain Bola Tampar SK DUSUN!! Usaha keras pemain dan bimbingan daripada guru terlatih telah membuahkan hasil serta telah mengharumkan nama SK Dusun. Pemain Lelaki menduduki tempat kedua ( Naib Johan ) selepas dikalahkan oleh pemain dari SK Bukit Apit yang juga juara bertahan 2 tahun berturut-turut dengan bermain 3 set.(25-19 , 18-25 , 15-13). 
Manakala,pemain Bola Tampar perempuan telah muncul Juara dalam pertandingan Liga Kejohanan Bola Tampar MSSDHT dengan menewaskan SK Seri Berang  yang juga bermain 3 set. (15-25 , 25-14 , 17-15). Pasukan SK Dusun berjaya mengalahkan semua pasukan yang menyertai kejohanan ini.Antara pasukan lain yang bertanding di Kejohanan MSSDHT pada kali ini ialah SK Seri Berang, SK Bukit Apit, SK Kuala Jenderis dan SK Matang. SK Dusun telah menewaskan SK Kuala Jenderis (25-6 , 25-8), SK Bukit Apit (20-25 , 25-16 , 15-11), SK Matang (25-23 , 25-21). SYABAS diucapkan sekali lagi!!!

1 ulasan: