SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK DUSUN

Isnin, 30 April 2012

Kata-Kata Hikmah

Kata-kata hikmah ini merupakan koleksi kata-kata mutiara indah yang sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa.

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian. 

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.


Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

Rabu, 25 April 2012

Lawatan Penandaarasan dari SK Sungai Las dan SK Kampung Jaya, Setiu

Selamat Datang ke SK DUSUN!!! SK Dusun telah dikunjungi oleh SK Sungai Las,Setiu sebagai Lawatan Penandaarasan sebagai persediaan untuk pencalonan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2012. Lawatan ini telah disertai seramai 12 orang guru, seorang Pembantu Tadbir dan seorang pengusaha kantin sekolah serta 20 orang murid Tahap 2. Rombongan dari sekolah tersebut telah sampai di SK Dusun pada jam 9.45 pagi. Rombongan disajikan dengan Nasi Minyak pada pagi ini sebagai sarapan untuk perjalanan yang memakan masa hampir 1jam. Selesai sarapan pagi, guru serta murid SK Sungai Las telah diberi taklimat secara menyeluruh tentang sejarah penubuhan,pencapaian UPSR,pencapaian sukan (Bola Tampar) dan lain-lain. Sebelum taklimat diberikan, satu persembahan boria telah dipersembahkan kepada pelawat sebagai mengalu-alukan kedatangan pelawat telah dipersembahkan oleh murid tahun 4. Sebelum rombongan pulang ke Setiu, pelawat telah membuat lawatan ke sekeliling kawasan sekolah termasuk bilik darjah dan bilik guru. Mereka pulang tepat jam 1.00 petang. Semoga selamat sampai ke destasi yang dituju.
Sila Datang Lagi!!!
Tuan rumah bergambar kenangan bersama guru dari SK Sungai Las dan SK Kampung Jaya
Pelawat khusyuk mendengar taklimat

Khusyuk melihat dokumentasi yang dipamerkan. 

Murid dari SK Sungai Las membuat lawatan ke kelas-kelas

Guru Besar SK Dusun (tengah) Pn.Nurani bt Lebai Abdul menyampaikan cenderahati  kepada
Guru Besar SK Sungai Las (kiri) sambil diperharikan oleh En. Hamdan b Melan (PK1)
Guru Besar SK Dusun (tengah) Pn.Nurani bt Lebai Abdul menyampaikan cenderahati  kepada
Guru Besar SK Kampung Jaya (kiri) sambil diperharikan oleh En. Hamdan b Melan (PK1)

Rancak berbual sebelum bertolak pulang ke sekolah masing-masing.

Sabtu, 21 April 2012

Cuti ganti untuk Hari Raya Aidiladha dan Majlis Penghargaan PIBG 2010 - 2012

Hari ini, Sabtu bersamaan 21/4/2012 adalah hari persekolahan untuk menggantikan cuti untuk Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 26 Oktober 2012, Jumaat. Hari ini juga telah berlangsung satu majlis yang sederhana bagi memberi penghargaan kepada wakil-wakil PIBG tahun 2010-2012.







Rabu, 18 April 2012

Kem Pintar Bahasa @ Permai Inn

Nama Kem : Kem Pintar Bahasa
Lokasi : Permai Inn, Kuala Terengganu
Tarikh : 12 April 2012 - 14 April 2012
Bilangan murid yang menyertai : 40 orang murid
Semua guru terlibat untuk kem ini.






 Cikgu Anita sedang khusyuk memberikan  taklimat kepada murid-murid
Murid membuat persembahan untuk malam terakhir kem

Gambar Kejohanan Bola Tampar MSST di Kemaman


Wajah-wajah gemilang yang membawa pulang pingat ke daeerah Hulu Terengganu
Gambar bawah : Murid yang berjaya ke peringkat kebangsaan yang diadakan di Sarawak

Aksi menarik yang ditunjukkan oleh pasukan Hulu Terengganu semasa perlawanan antara Dungun.

Perlawanan hari pertama : Hulu Terengganu vs Dungun (HT menang straight set)

yeahhh!!!!menang Hulu Terengganu vs KTS (HT menang straight set)


Jurulatih memberi amanat semasa perlawanan 

Peserta L12 masih ceria walaupun mendapat tempat ke-3 bersama


Belakang tabir : Gelagat jurulatih,pengurus dan cepron

Jumaat, 13 April 2012

Mesyuarat PIBG SK Dusun 2012 dan Majlis Kesyukuran UPSR 2011

Mesyuarat PIBG SK Dusun 2012 telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Rozi bin Mamat. Majlis ini bermula sejak dari 7.30 pagi dengan aktiviti gotong-royong dari pihak ibu bapa murid SK Dusun. Majlis kami ini juga diserikan dengan kehadiran oleh Tuan Pegawai Daerah PPD Hulu Terengganu, Tn. Hj Shafruddin b Ali Hussin. Majlis ini berlangsung dengan lancar dengan 100% komitmen yang diberikan oleh para guru, kakitangan,pekerja swasta serta ibu bapa yang datang membantu. 


YB Tn Hj Rozi b Mamat menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan untuk murid Tahun 1

Rabu, 4 April 2012

KEM MELESTARIKAN KECEMERLANGAN UPSR 2012

Semalam, 3/4/2012 bertempat di Rumah Rehat Kuala Berang telah diadakan satu kem motivasi kepada ibubapa atau penjaga serta murid SKD tahun 4,5 dan 6 . En. Kamarudin b Kasim dari SM Sains Hulu Terengganu (SAHUT) telah dijemput oleh pihak sekolah untuk memberikan ceramah kepada murid-murid. Kem ini bermula tepat jam 2.00 petang bagi pendaftaran murid serta ibubapa/penjaga dan berakhir pada jam 4.30 petang.