SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK DUSUN

Jumaat, 31 Disember 2010

Renungan Tahun Baru 2011

Renungi dan amalkanlah..
  • Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu kian bahagia.
  • Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.
  • Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.
  • Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan…
  • Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi pahamilah orang itu, maka orang itu paham dengan kamu.
  • Jangan menunggu terinspirasi baru menulis. tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.
  • Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.
  • Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah,. bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.
  • Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.
  • Jangan menunggu kejayaan baru bersyukur. tapi bersyukurlah, maka bertambah kejayaanmu.
  • Jangan menunggu boleh baru melakukan, tapi lakukanlah! Kamu pasti boleh!

Khamis, 30 Disember 2010

Hari Kelepasan Am Negeri Terengganu pada 2.1.2011

Sesi Persekolahan 2011 akan bermula pada 3.1.2011 ( Isnin ) kerana pada Hari Ahad diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Terengganu sempena kemenangan Malaysia dalam perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 yang diumumkan Y.A.B Perdana Menteri.klik 

Selasa, 28 Disember 2010

TAHNIAH

Warga SKD mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Ketua Sektor, Sektor Pengurusan, JPNT yang baru En Zakariah Bin Ali.
Selamat bertugas dan meneruskan agenda
' Melestarikan Pendidikan Terbilang'

Isnin, 27 Disember 2010

Pertukaran dan Penempatan Guru Besar Dan GPK

Guru Besar

Ahmad Fuad bin Zakaria
GB SK Bukit Perah, Hulu Terengganu
GB SK Kuala Berang, Hulu Terengganu
01 Januari 2011
Pertukaran Setara

Abd Majid bin Salleh
GB SK Langgar, Hulu Terengganu
GB SK Bukit Perah, Hulu Terengganu
01 Januari 2011
Pertukaran Setara

Muhamad Shaidi bin Ishak
GB SK Bukit Gemuroh, Hulu Terengganu
GB SK Langgar, Hulu Terengganu
01 Januari 2011
Pertukaran Setara

Abdul Hadi bin Saad
GB SK Padang Setar, Hulu Terengganu
GB SK Bukit Gemuroh, Hulu Terengganu
01 Januari 2011
Pertukaran Setara

Raseli bin Ismail
GB SK FELDA Mengkawang, Hulu Terengganu
GB SK Padang Setar, Hulu Terengganu
01 Januari 2011
Pertukaran Setara

Guru Penolong Kanan

Zulkifli bin Ariffin
GPK 1 SK Getang, Hulu Terengganu
GPK 1 SK Tok Jiring, K. Terengganu
16 Disember 2010
Pertukaran Setara

Mohd Sukardi bin Rashid
GPK HEM SK Padang Setebu, Hulu Terengganu
GPK HEM SK Sentol Patah, Marang
01 Januari 2011
Pertukaran Setara

Adnan bin Mat Ghani
GPK Ko SK Tg. Ampuan Intan, H. Terengganu
GPK kO SK Kuala Ibai, Kuala Terengganu
01 Januari 2011
Pertukaran Setara

Mahamad Zanudin bin Wahab
GPK HEM SK FELDA Jerangau Barat, H. Terengganu
GPK Ko SK Tg. Ampuan Intan, H. Terengganu
01 Januari 2011
Pertukaran Setara

Anuar bin Mohd Saad
GPK Ko SK Tengkawang, Hulu Terengganu
GPK Ko SK Tanggol, Hulu Terengganu
01 Januari 2011
Pertukaran Setara

Kamaruddin bin Said
GPK Ko SK Getang, Hulu Terengganu
GPK 1 SK Getang, Hulu Terengganu
01 Januari 2011
Pertukaran Setara

Norra binti Mohd Basir
GPK Ko SK Telaga, Hulu Terengganu
GPK HEM SK Ajil, Hulu Terengganu
01 Januari 2011
Pertukaran Setara

Ramli bin Embong
GP SMK Jenagor, Hulu Terengganu
GPK HEM SK Padang Setebu, Hulu Terengganu
01 Januari 2011
Tawaran Baru

Jamaludin bin Embong
GP SK Nibong, Hulu Terengganu
GPK Ko SK Seri Berang, Hulu Terengganu
16 Disember 2010
Naik Pangkat

Mohamad Alam bin Abdullah
GP SK Kuala Berang, Hulu Terengganu
GPK HEM SK FELDA Jerangau Barat, Hulu Terengganu
01 Januari 2011
Tawaran Baru

Tan Woon Su
GP SK Bukit Tunggal, Kuala Terengganu
GPK Ko SK Tengkawang, Hulu Terengganu
01 Januari 2011
Tawaran Baru

Marzuki bin Ibrahim
GP SK LKTP Bukit Bading, H. Terengganu
GPK Ko SK FELDA Tersat, Hulu Terengganu
01 Januari 2011
Tawaran Baru

Saidi bin Mat Amin
GP SK Kuala Telemong, H. Terengganu
GPK Ko SK Getang, Hulu Terengganu
01 Januari 2011
Tawaran Baru

Zulkifli bin Mat Zin
GP SK Bukit Gemuroh, H. Terengganu
GPK Ko SK Telaga, Hulu Terengganu
01 Januari 2011
Tawaran Baru

Hanya guru berkelayakan ajar BM

 

PUTRAJAYA 25 Dis. – Kementerian Pelajaran mengarahkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) menempatkan guru yang mempunyai kelayakan sahaja untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud (gambar) berkata, langkah tersebut bertujuan memastikan ia selari dengan kehendak pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

“Guru yang mengajar Bahasa Malaysia untuk Tahun Satu dan Dua di SJKC dan SJKT hendaklah terdiri daripada mereka yang boleh bertutur dalam dwibahasa dan perlu mempunyai kredit dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Bagi Tahun Tiga hingga Enam, guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia hendaklah mereka yang memiliki opsyen ikhtisas Pengajian Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam
satu pekeliling yang dipetik daripada laman web rasmi Kementerian Pelajaran, di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata, bagi SJKC dan SJKT dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM), guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia hendaklah dipilih di kalangan guru berpengalaman dan boleh bertutur dwibahasa serta mempunyai kredit Bahasa Malaysia dalam SPM.

Sehubungan itu, katanya, Jabatan Pelajaran Negeri perlu mengambil tindakan sewajarnya semasa pelaksanaan proses penempatan, pertukaran dan penempatan semula guru di SJKC dan SJKT.

Ahad, 26 Disember 2010

Pengiktirafan Ijazah OUM

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah mengiktiraf Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Pra Sekolah) dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) dengan Kepujian dari UNITEM. Sehubungan itu, bagi calon yang telah memohon, permohonan tuan/puan tidak dibatalkan. Permohonan adalah lengkap dari sudut Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 mulai Jabatan Perkhidmatan Awam meluluskan pengiktirafan kelayakan ijazah berkenaan pada 29 November 2010. Klik disini

Sabtu, 25 Disember 2010

Pendaftaran Pelajar dan Mesyuarat Pengurusan 2011

Pendaftaran Pelajar dan Mesyuarat Pengurusan 2011 telah pun diadakan seperti berikut :

Pendaftaran pelajar ;

Tarikh : 23 Disember 2010 ( Khamis )
Masa  :  8.30 pagi
Tempat : Mengikut Kelas Pelajar

Mesyuarat Pengurusan Sekolah ;

Tarikh  : 23 Disember 2010 ( Khamis )
Masa   : 9.30 pagi
Tempat  : Makmal Komputer


Sesi Persekolahan 2011 akan bermula pada 2.1.2011 ( Ahad )

Selamat Kembali ke Sekolah.

Jumaat, 24 Disember 2010

Selamat Berkunjung Ke Blog SK Dusun

Alhamdulillah
InsyaAllah Blog SK Dusun akan menyusul dengan lebih banyak info.

drp : admin