SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK DUSUN

Rabu, 18 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU kepada guru SK DUSUN. Slogan Sambutan Hari Guru 2011 adalah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Banyak acara telah dijalankan pada Hari Guru 2011. Antara permainan yang telah dijalankan adalah acara BERMAIN BOLA SEPAK BERKAIN PELEKAT untuk guru lelaki. Manakala acara untuk guru wanita adalah BERMAIN BOLA TAMPAR BERKAIN BATIK. Persembahan murid-murid diadakan selepas waktu rehat. Setiap kelas diwajibkan membuat persembahan untuk Hari Guru ini. SELAMAT HARU KEPADA GURU SK DUSUN.















Ahad, 8 Mei 2011

Wajah-Wajah Juara





TAHNIAH!!

SYABAS kepada pasukan Bola Tampar L12 Hulu Terengganu kerana telah mempertahankan kejuaraan kali ke-2 berturut-turut. Manakala pasukan Bola Tampar P12 dan L18 hanya mampu mendapat tempat ke-3 kumpulan. Pasukan P18 menduduki tempat ke-4 kumpulan. Lebih membanggakan SK Dusun adalah kejohanan ini diserta oleh 4 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Berikutan dengan kemenangan ini pasukan L12 ini, 2 orang murid SK DUSUN iaitu MUHAMMAD ZULKARNAIN BIN AZMI dan MUHAMMAD FARIDZUAN FARHAN BIN MOHD ZABRI dari Tahun 6 telah dipilih untuk mewakili negeri Terengganu bagi Kejohanan Bola Tampar yang bakal dijalankan di Kelantan Darul Naim pada akhir bulan ini.