SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK DUSUN

Jumaat, 28 Februari 2014

Majlis temu murni murid Tahun 6 SK Dusun.Semoga SKD trus cemerlang.... 



Selasa, 25 Februari 2014

Program Bina Insan Guru 2014 - Lawatan Benchmarking PISMP TESL 4 IPG KADRI.Seramai 25 orang bakal guru termasuk seorang pensyarah pengiring telah membuat lawatan penanda aras ke SK DUSUN. 





Isnin, 17 Februari 2014

Pemantauan Persediaan Pencalonan SBT 2014

HULU TERENGGANU - Sekolah-sekolah Band 1 seluruh negara sedang sibuk mengisi Annex dalam portal NKRA bagi menyediakan diri untuk pencalonan  SBT Fasa 5, 2014. Dan dalam masa yang sama juga kebanyakan sekolah-sekolah ini juga sibuk menyiapkan diri untuk verifikasi Bai'ah atau Anugerah Tawaran Baru Guru Besar.

Bagi membantu persediaan sekolah pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, JPN dan PPD turut sama membuat pemantauan dan bimbingan. Hari Pn. Aini Arifah dari BPSBPSK telah bersama-sama pegawai dari JPN dan PPD Hulu Terengganu telah mengadakan pemantauan di Sekolah Kebangsaan Seri Berang, Hulu Terengganu. Turut sama ialah Guru-Guru Besar Sekolah Band 1, daerah Hulu Terengganu.

Antara perkara yang dilihat dan dibimbing ialah persembahan power point, semakan dokumen Annex dan lawatan persekitaran sekolah.

SK Seri Berang merupakan sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan. Sekolah ini telah tercalon untuk SBT Fasa 4 tetapi beberapa kelemahan dokumentasi Annex menyebabkan ia tidak disenaraikan sebagai penerima Anugerah SBT Fasa 4. Kita berharap dengan penambahbaikan dokumentasi Annex serta aspek-aspek lain sekolah ini  mampu meraih gelaran SBT Fasa 5. Dalam tahun 2013 pelbagai kejayaan telah dicapai oleh SK Seri Berang termasuk menjadi sebuah dari tiga buah sekolah Terengganu yang menerima Anugerah Cemerlang UPSR 2013 Kebangsaan.

Selain SKK SK Seri Berang yang memperolehi Band 1, SK Kuala Berang dan SK Dusun (SKM) adalah dua SKK yang turut tercalon. Dua sekolah ini juga sangat berpotensi untuk dilonjak sebagai SBT pada masa depan. Apa yang kita harapkan sekolah SKK ini dan sekolah -sekolah Band 1 daerah Hulu Terengganu mempunyai sudut yang jelas tentang SBT. Oleh yang demikian gerakan ke arah SBT melalui perancangan yang strategik perlu dimulakan dari sekarang dengan bantuan PPD Hulu Terengganu yang sangat ambisi dan proaktif.

Terima kasih kepada Pn. Aini Arifah atas khidmat nasihat dan bimbingan kepada Guru-Guru Besar Band 1, Hulu Terengganu. Tahniah kepada Guru Besar, SK Seri Berang atas iltizam dan komitmen untuk menjadikan SK Seri Berang sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.