SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK DUSUN

Isnin, 24 September 2012

Karnival Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Kebangsaan Zon Timur @ SMK Zainab 1


KOTA BHARU - Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dengan kerjasama JPN Kelantan, JPN Terengganu, JPN Pahang dan SMK Zainab 1, Kota Bharu, Kelantan menganjurkan Karnival Kebitaraan Kokuriklum Peringkat Kebangsaan Zon Timur Tahun 2012. Karnival berkenaan bermula 24 - 26 September 2012 di SMK Zainab 1. Semua SKK menengah dan rendah dari Kelantan, Terengganu dan Pahang dijemput menyertai karnival ini.

Pelbagai acara akan berlangsung sepanjang karnival tiga hari ini. Selain pameran mengenai kebitaraan kokurikulum sekolah masing-masing, pelbagai pertandingan dan persembahan dalam palbagai bidang kebitaraan kokurikulum seperti orkestra, catur, pidato dan sebagainya akan diadakan. Pameran ini juga akan dibuka untuk tontonan dan lawatan sekolah-sekolah di sekitar Kota Bharu.

Perasmian karnival ini dijangka disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan pada pagi 25 September 2012. Sementara itu difahamkan perasmian penutup akan dilakukan oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Kelantan. Petang tadi telah diadakan taklimat oleh pihak urusetia di samping persiapan khemah dan gerai pameran.

Bagaimanapun ribut kencang telah menumbangkan khemah dan sebahagian barang pameran yang terletak di padang sekolah yakni lokasi utama tapak karnival mengalami kerosakan. Walaupun sebilangan peserta agak kecewa dengan kejadian itu, kita berharap ianya tidak melemahkan semangat warga SKK terlibat untuk turut meneruskan penyertaan dan penglibatan mereka dalam karnival ini. Kita amat yakin dengan warga SKK  bahawa mereka mempunyai kekuatan mental, fizikal dan spritual menghadapi situasi sebegini. Pihak tuan rumah sedang berusaha mengatas masalah berkenaan. Insyaallah kita berharap ianya berjalan lancar. - ihsan http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com

Rabu, 19 September 2012

KAMI JOHAN LAGI!!!

Alhamdulillah, SK Dusun johan Bola Tampar Karnival 1M1S peringkat Daerah Hulu Terengganu. Dengan ini SKD masih mengekalkan kejuaraan Bola Tampar untuk kali kedua berturut-turut. Pada peringkat akhir SKD telah menewaskan SK Pasir Nering dengan jumlah mata 21-6. Tahniah kepada murid yang telah mengambil bahagian. Semoga kejayaan milik kita lagi. Insyaallah. Untuk peringkat negeri, Karnival 1M1S akan berlangsung di Sekolah Sukan Bukit Nenas. 

Isnin, 17 September 2012

Lawatan Penandaaras dari SK Ulu Bendul,Negeri Sembilan

Hari ini, SK Dusun telah menerima lawatan daripada SK Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Rombongan ini melibatkan seramai lebih kurang 17 orang guru termasuk guru serta kakitangan daripada sekolah tersebut. Lawatan ini adalah bertujuan sebagai satu Lawatan Penandaarasan sebagai percalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK). Program ini berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan. Rombongan telah sampai ke SK Dusun jam 9.30 pagi dan berangkat pulang pada jam 1.00 petang. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang rombongan ada di sekolah kami. Rombongan telah disajikan sesi formasi Bola Tampar SK Dusun (VBteam SKD) yang disertai oleh murid tahun 4,5 dan 6. Berikut adalah antara momen-momen indah yang telah dilorekkan sepanjang rombongan sampai di SK Dusun ini. 

Selasa, 11 September 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2012



Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR wahai anak didik SK Dusun. Seramai 15 orang murid akan menduduki peperiksaan UPSR untuk tahun ini. Doakan SKD akan mengekalkan GPS Terbaik untuk UPSR 2012.