SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK DUSUN

Selasa, 29 Oktober 2013

29 OKT 2013
Lawatan penandaarasan dari PPD/MGB Tatau/ Bintulu, Sarawak.
Terimakasih buat semua ahli rombongan juga pengiring dari PPDHT( Tn Jalal dan En Wan) serta Mgb Trg dan Hulu Trg.Semoga program perkongsian pintar seumpama ini dapat sentiasa dilestarikan demi kemajuan pendidikan negara.Tkasih juga buat semua warga skd serta pibg yg selalu mmberi kerjasama padu dlm apa jua program sekolah.InsyaAllah usaha murni sebegini adalah sebagai pemacu kejayaan sekolah kita.amin..

24-26 Oktober 2013
Tahniah dan syabas kepada pasukan lelaki dan perempuan bola tampar kerana telah menjadi JOHAN dalam kejohanan karnival bola tampar peringkat kebangsaan yang telah diadakan baru-baru ini.Pada kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula 24-26 Oktober 2013 itu turut disertai 9 pasukan dari seluruh negeri.....

Sabtu, 26 Oktober 2013

24 Okt 2013
Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Terengganu 2013. Alhamdulilah Skd mendapat 3 anugerah sekolah dan 1 anugerah murid.
Terimakasih buat semua warga skd yang telah memberikan kerjasama dan komitmen tinggi sehingga berjaya kita ke tahap ini..Ayuh mari lah sama2 kita lestarikan kecemerlangan dan kegemilangan skd dalam apa saja bidang.
Sekalung terima kasih juga buat JPN dan PPDHT yg selalu menyokong segala usaha kami.

Rabu, 23 Oktober 2013

Karnival Pertandingan Bola Tampar Jemputan Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan akn diadakan di Sekolah Kebangsaan Dusun pada 24 -26 Oktober 2013 


Karnival Pendidikan & Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan bertempat di Pusat Dagangan Terengganu (TTC)


Selasa, 22 Oktober 2013

18 okt 2013
Program Jalinan Astronesia ke Thailand.Pengalaman manis dan amat menarik.
Ini adalah sekolah pertama dalam program..Sk Ban Muno, Narathiwat
dan Universiti Rajabhat, Hatyai.Terima kasih buat Nik Tours & Travels selaku agen perjlnan kami.
Terima kasih juga buat delegasi SK Dusun yg terdiri dari murid, guru staf, pekerja2 mzab , pengawal keselamatan wahad security dan pibg yg sentiasa mematuhi dan akur pd peraturan perjalanan antarabangsa.
Kenangan indah menggamit nostalgia akan dikenang sepanjang masa.
Terima ksih juga buat KPM (SKK), JPNT dan PPDHT yg memberi kebenaran dan selalu menyokong segala usaha kami warga SKD.
                                         

                             





Selasa, 15 Oktober 2013

Salam Aidiladha untuk semua.............


14 Oktober 2013
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam seluruh negara khususnya warga Sk Dusun, PIBG, Komuniti setempat, PPD, JPNT serta pemimpin2 masyarakat...... Kepada yang akan pulang ke kampung berhati2 ketika memandu.semoga perjalanan selamat sampai ke tempat yang dituju....

Ahad, 13 Oktober 2013

Program GERAKAN BUDAYA MENARIK KEMENJADIAN MURID LEPASAN UPSR.
Info yang sangat menarik tentang laluan murid ke sek menengah dan juga persiapan dan kesiapsiagaan murid menuju ke masa depan dengan lebih gemilang.
Disampaikan oleh Pn.Irni Yunita dari SMKTAI.
Kerjasama serta sokongan puan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih


Khamis, 10 Oktober 2013


Sekitar Program Jalan Ria 10,000 Langkah (Bulan Kecergasan) iaitu sejenis senaman berjalan kaki untuk menjadikan seseorang itu aktif dan sihat dari segi fizikal dan mental. Ia juga bertujuan untuk membina kekuatan dan stamina serta melancarkan peredaran darah kita.