SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK DUSUN

Khamis, 12 Disember 2013

Dr. Khair dilantik Ketua Pengarah Pelajaran baharu


KUALA LUMPUR 11 Dis. - Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran baharu menggantikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, yang tamat kontrak pada Sabtu lepas (7 Disember).

Sebelum ke pelantikan baharu yang berkuat kuasa 8 Disember itu, Khair adalah Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Perguruan).

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan ciri kepimpinan, kelayakan, pengalaman dan kompetensi yang dimiliki Khair dalam bidang pengurusan serta pembangunan pendidikan.

"Saya percaya ciri-ciri yang dimiliki Khair akan membolehkan beliau menerajui kepimpinan dan melaksanakan tugas Ketua Pengarah Pelajaran dengan cekap, telus dan berkesan untuk mencapai matlamat pendidikan negara," katanya.

Ali turut merakamkan penghargaan kerajaan terhadap segala sumbangan dan khidmat bakti Abd Ghafar sepanjang beliau memegang jawatan itu.

Khair, 57, merupakan lulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pendidikan Teknikal dari Universiti Manchester, United Kingdom; Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Institut Teknologi Bolton, Amerika Syarikat.

Khair, yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih 30 tahun, dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah pada 1 Ogos 1982.

Sepanjang perkhidmatannya, Khair memegang pelbagai jawatan penting termasuk Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Pengarah Institut Aminuddin Baki dan Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. - BERNAMA

Selasa, 10 Disember 2013

Taklimat Perkongsian Pintar Sekolah Kurang Murid (SKM) Terengganu

KUALA TERENGGANU - Satu Taklimat Perkongsian Pintar Sekolah Kurang Murid (SKM) di bawah Program Sarana SKM Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan di Permai Hotel, Kuala Terengganu hari ini. Antara tujuan taklimat tersebut untuk membangun dan memperkasa SKM Terengganu lebih berdaya saing dan maju.

Selain dari itu diharap para pimpinan SKM dapat  berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan mereka yang berjaya terutama yang telah mencapai taraf Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) tentang amalan-amalan terbaik yang mereka laksanakan. Tuan Hj Md. Yasin Salleh, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah telah menyampaikan ucap utama dalam program berkenaan. Beliau berharap melalui perkongsian ini pimpinan SKM dapat membawa sekolah masing ke arah yang lebih hebat melalui anjakan band dan keputusan peperiksaan yang lebih baik pada masa depan.

Terengganu mempunyai 43 buah SKM di mana 4 buah daripadanya ialah SJKC. Sekolah-sekolah SKM Terengganu telah menunjukkan pencapaian yang hebat dalam banyak hal terutama UPSR. SK Tepus, Dungun dan SK Dusun, Hulu Terengganu adalah dua SKM yang mencapai taraf SKK. SK Dusun dalam UPSR 2013 berada pada kedudukan lima terbaik antara SKK Kebangsaan. Pada tahun 2013 enam SKM berada pada Band 1 dan hanya sebuah pada Band 7 dan sebuah pada Band 5. Kita berharap pada tahun 2014 tiada sebuah sekolahpun terutama SKM berada di Band 7.

Pada taklimat ini juga En. Mat Lazim Noor, Penyelia Cemerlang Pengurusan Sekolah telah membentangkan perkongsian "Membangun Kepimpinan SKM berkesan". Beliau yang berpengalaman selama hampir lima belas tahun sebagai guru besar telah menekankan tentang pentingnya kepimpinan sekolah yang mempunyai wawasan, sikap, kemahiran dan pengetahuan kepimpinan yang mantap bagi memimpin dan mengurus sekolah dengan efektif dan cemerlang. Sementara Guru Besar, SK Dusun dan Guru Besar SK Tepus telah berkongsi pengalaman dan amalan hingga mereka mencapai SKK dan sentiasa cemerlang pencapaian UPSR mereka.

Kita juga berharap kedudukan SKM diambil cakna dan dipedulikan oleh semua pihak khususnya KPM atau kerajaan terutama berkaitan pembangunan fizikal dan juga naik taraf perjawatan khususnya Guru Besar. Jika Guru Besar SKM  yang mencapai SKK boleh dinaikkan gred DGA38 hakiki maka sewajarnya juga Guru Besar SKM khususnya yang mempunyai murid 90 orang ke atas diberi gred hakiki DGA34 dan sekolah dinaiktaraf  ke gred B, bukan saja sebagai insentif menjadi guru besar di pedalaman tetapi juga status sama dengan guru besar gred B yang mana sesetengahnya mempunyai kapasiti murid yang hampir sama.

Apapun kita amat yakin SKM Terengganu akan terus bergerak maju ke depan dan dengan pencapaian pelbagai bidang yang cemerlang menjadi bukti bahawa jika murid mempunyai peluang dan akses pendidikan yang baik potensi mereka mampu digilap apalagi yang menggilap mereka ialah Guru Besar dan guru-guru yang penuh inpirasi...

Khamis, 14 November 2013

Sk Dusun terus cemerlang lagi dalam UPSR.Tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang mendapat 5A....
Nursyafikah Ilya bt Samazelam
Hazwani bt Sukri
Nur Aysia Munirah bt Mohd Lazim
Nur Azira bt Abdullah
Mujahid b. Ahmad Marzuki 
Tg Maisarah bt Tg Mat
Muhammad Faeiz Hazwan b. Sariddon
Muhammad Harith Ikmal b. Mohd Afandi

13 Nov 2013
Program terakhir menutup sesi persekolahan 2013
Tkasih yg tidak terhingga kepada pihak JKJR Trg yg datang ke sekolah utk memberi kesedaran tentang keselamatan jalanraya kpd semua murid SKD.
Info dan pesanan yg baik buat semua murid terutama menjelang cuti sekolah yg akan bermula 15 Nov 2013



Isnin, 11 November 2013

Keputusan UPSR 14 Nov.

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikeluarkan pada 14 November ini.

Lembaga Peperiksaan dalam kenyataannya berkata, calon boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut.

"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan UPSR melalui mySMS pada talian 15888.
"Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi, 14 November (Khamis) dan ditamatkan pada 11.59 malam pada 20 November," kata kenyataan itu.

Pada tahun ini, seramai 478,848 calon menduduki UPSR di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara

Sumber : Utusan Malaysia online

Isnin, 4 November 2013


1-3 Nov 2013
Pertandingan Bola Tampar bawah 12 Kebangsaan Piala Ang Cheng Chiew berlangsung di Johor.
Alhamdulillah berbekalkan semangat juang yg tinggi akhirnya piala Johan dan N.Johan berjaya dibawa pulang ke Terengganu, menjadi hak milik skdusun.Terimakasih, , tahniah dan syabas kpd semua yg terlibat khususnya coach, pengiring, pemain2 skd dan yg diimport dan murid2 skdusun sebagai penyokong tegar..Tkasih juga buat bahagian skk, jpnt dan ppdht yg telah mmbenarkan squad kami ke sana....
Kecil kami kecil berbisa,
Pantang dicabar semangat membara,
Ada kejohanan jemput segera,
Walau di mana pasti tiba...
1 Nov 2013
Karnival Bola Tampar 1m1s di Sek.Sukan Bukit Nenas.Alhamdulillah SKD Johan L11 dan Naib Johan P11.Tkasih, tahniah dan syabas buat semua pemain, coach yg hebat, guru2, PPDHT dan yang penting semua penyokong dari komuniti kg dusun yg sentiasa memberi semangat tinggi buat team skd

Selasa, 29 Oktober 2013

29 OKT 2013
Lawatan penandaarasan dari PPD/MGB Tatau/ Bintulu, Sarawak.
Terimakasih buat semua ahli rombongan juga pengiring dari PPDHT( Tn Jalal dan En Wan) serta Mgb Trg dan Hulu Trg.Semoga program perkongsian pintar seumpama ini dapat sentiasa dilestarikan demi kemajuan pendidikan negara.Tkasih juga buat semua warga skd serta pibg yg selalu mmberi kerjasama padu dlm apa jua program sekolah.InsyaAllah usaha murni sebegini adalah sebagai pemacu kejayaan sekolah kita.amin..

24-26 Oktober 2013
Tahniah dan syabas kepada pasukan lelaki dan perempuan bola tampar kerana telah menjadi JOHAN dalam kejohanan karnival bola tampar peringkat kebangsaan yang telah diadakan baru-baru ini.Pada kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula 24-26 Oktober 2013 itu turut disertai 9 pasukan dari seluruh negeri.....

Sabtu, 26 Oktober 2013

24 Okt 2013
Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Terengganu 2013. Alhamdulilah Skd mendapat 3 anugerah sekolah dan 1 anugerah murid.
Terimakasih buat semua warga skd yang telah memberikan kerjasama dan komitmen tinggi sehingga berjaya kita ke tahap ini..Ayuh mari lah sama2 kita lestarikan kecemerlangan dan kegemilangan skd dalam apa saja bidang.
Sekalung terima kasih juga buat JPN dan PPDHT yg selalu menyokong segala usaha kami.