SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK DUSUN

Jumaat, 9 November 2012

Rabu, 7 November 2012

Majlis Temu Murni dan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2012

Majlis Temu Murni untuk murid Tahun 1 hingga 5 bagi peperiksaan Akhir Tahun 2012 telah berjalan dengan lancar. Ibubapa bersemangat datang untuk menandatangani buku rekod anak-anak mereka. Sejurus kemudian, Majlis Anugerah Kecemerlangan 2012 telah dijalankan bagi mengiktiraf kejayaan murid SK Dusun untuk tahun ini. Majlis ini dirasmikan sendiri oleh Guru Besar kami sendiri, Pn. Nurani bt Lebai Abdul.  Acara ini juga diserikan dengan kehadiran YDP PIBG SK Dusun. Majlis ini bermula jam 9.00 pagi dan selesai pada 12.00 tengah hari. 














Saiyidah Anis Husna bt M.Afandi, Tokoh Kurikulum SK Dusun 2012
Muhammad Shahmin Aiman b M.Zuraini, Tokoh Ko-Kurikulum SK Dusun 2012


Ahad, 4 November 2012

Karnival Pertandingan Bola Tampar Jemputan Sekolah Kluster Kecemerlangan


Karnival Pertandingan Bola Tampar Jemputan Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Negeri telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Dusun pada 2hb-3hb November 2012 (Jumaat & Sabtu). Pertandingan telah dihenti seketika pada pagi Sabtu kerana hujan lebat namun tidak melunturkan semangat pemain. Pertandingan disambung jam 9.30 pagi. Pasukan yang menang dalam karnival ini :

L11:
Johan -  Sekolah Kebangsaan Dusun
Naib Johan - Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong
Tempat Ketiga - Sekolah Kebangsaan Pasir Nering & Sekolah Kebangsaan Paka II

P11
Johan - Sekolah Kebangsaan Dusun
Naib Johan - Sekolah Kebangsaan Pasir Nering
Tempat Ketiga - Sekolah Kebangsaan Kg. Fikri & Sekolah Kebangsaan Bukit Gutong

::~ semoga tahun depan boleh sertai karnival ini lagi. Insyaallah...

Hari Pertama :



















Hari Kedua :










Jepun@sin can < Tahun 4>

Pemain bersama coach