SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK DUSUN

Selasa, 19 April 2011

JUTAAN TAHNIAH KEPADA PEMAIN BOLA TAMPAR!!!!

Syabas kepada pemain Bola Tampar SK DUSUN!! Usaha keras pemain dan bimbingan daripada guru terlatih telah membuahkan hasil serta telah mengharumkan nama SK Dusun. Pemain Lelaki menduduki tempat kedua ( Naib Johan ) selepas dikalahkan oleh pemain dari SK Bukit Apit yang juga juara bertahan 2 tahun berturut-turut dengan bermain 3 set.(25-19 , 18-25 , 15-13). 
Manakala,pemain Bola Tampar perempuan telah muncul Juara dalam pertandingan Liga Kejohanan Bola Tampar MSSDHT dengan menewaskan SK Seri Berang  yang juga bermain 3 set. (15-25 , 25-14 , 17-15). Pasukan SK Dusun berjaya mengalahkan semua pasukan yang menyertai kejohanan ini.Antara pasukan lain yang bertanding di Kejohanan MSSDHT pada kali ini ialah SK Seri Berang, SK Bukit Apit, SK Kuala Jenderis dan SK Matang. SK Dusun telah menewaskan SK Kuala Jenderis (25-6 , 25-8), SK Bukit Apit (20-25 , 25-16 , 15-11), SK Matang (25-23 , 25-21). SYABAS diucapkan sekali lagi!!!

Isnin, 18 April 2011

Keputusan Terkini Bola Tampar

SK DUSUN vs SK JERANGAU BARAT...(25-3)(25-9)...kemenangan mudah ini mengambil masa kurang 40minit. Perlawanan disambung esok pagi (19/4/2011) kerana hujan turun dengan lebat dan perlawanan terpaksa ditangguh pada keesokannya.

Khamis, 14 April 2011

DOAKAN KEMENANGAN SK DUSUN

Kami warga SK DUSUN mendoakan kemenangan pasukan Bola Tampar Lelaki dan Perempuan Bawah 12 KDSR 2 untuk perlawanan peringkat Daerah yang dijadualkan pada 18hb-20hb April 2011 di SK Ajil jam 2.00 petang. Kami mendoakan kemenangan milik kita. Amin. 

Rabu, 13 April 2011

SK DUSUN JOHAN BOLA TAMPAR ZON II 2011

Syabas dan jutaan tahniah diucapkan kepada pemain bola tampar SK DUSUN Lelaki dan Perempuan bawah 12 KDSR 2 kerana telah menjadi Johan Peringkat Zon. Ini adalah kemenangan kali kedua setelah menang  pada tahun lepas, tahun 2010 bagi Lelaki Bawah 12 Tahun manakala untuk pasukan perempuan pula adalah kemenangan kali pertama. Kemenangan ini tidak akan dicapai jika tiada bimbingan dari guru yang berpengalaman dalam arena sukan bola tampar ini iaitu En. Wan Azmi bin Wan Ismail. 











Isnin, 4 April 2011

Selamat Datang dan Selamat Bertugas

Seluruh warga SK Dusun mengucapkan Selamat Datang dan sekalung tahniah kepada Puan Nurani Binti Lebai Abdul yang telah dilantik sebagai Guru Besar SK Dusun mulai 1 April 2011. Beliau menggantikan En Ahmad Muda yang telah pun menamatkan perkhidmatanya (bersara wajib) pada 23.Mac. 2011.Semoga dengan kedatangan beliau SK Dusun akan lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dari tahun-tahun sebelumnya. Insyaallah