SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK DUSUN

Rabu, 29 Jun 2011

MERAIKAN KEMENANGAN BOLA TAMPAR DAN HARI KOKURIKULUM DI SEKAYU

Sempena meraikan kemenangan pasukan Bola Tampar SK Dusun 2011,pihak sekolah telah meraikan mereka  di Sekayu. Aktiviti ini juga bagi memenuhi aktiviti ko-kurikulum sekolah pada hari Selasa. Aktiviti ini disertai seramai 6 orang cikgu  dan 24 orang murid. 









Isnin, 27 Jun 2011

SENARAI SEKOLAH BAND 1 NEGERI TERENGGANU UNTUK PENCALONAN SBT G13

SK Dusun antara sekolah yang telah disenaraikan dan dicalonkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Band 1. Sebanyak 13 buah sekolah telah dicalonkan bersama-sama SK Dusun pada tahun 2011 iaitu :

Jutaan Tahniah kepada 13 buah sekolah yang telah dicalonkan. TAHNIAH!!

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM (TKRS) 2011

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2011 telah diadakan di perkarangan SK Dusun pada 23 Jun 2011 - 25 Jun 2011 iaitu pada hari Khamis hingga hari Sabtu. Perkhemahan ini disertai seramai 40 orang murid yang terdiri daripada murid tahap 2 dari badan unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah. Pengisian acara perkhemahan  ini adalah seperti berikut :

KHAMIS (23 JUN 2011)
2.30 petang - Bertolak ke sekolah
3.30 petang - Pendaftaran peserta
4.00 petang - Mendirikan khemah
7.00 malam - Makan malam
7.30 malam - Solat Maghrib dan Solat Hajat serta tazkirah disampaikan oleh penceramah dari Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu
11.30 malam - Tidur

JUMAAT (24 JUN 2011)
5.30 pagi - Solat Subuh dan Tazkirah
8.00 pagi - Sarapan pagi
8.30 pagi - Aktiviti 1 (gotong royong - mengutip batu dari sungai)
10.30 pagi - Rehat
11.00 pagi - Sambungan aktiviti 1
1.00 t.hari - Sembahyang Jumaat
2.30 petang - Makan tengahari
3.30 petang - Aktiviti 2 ( mengembara - Jungle Tracking)
5.00 petang - Minum petang dan Solat Asar
7.15 malam - Solat Maghrib, tazkirah dan solat Isyak
9.00 malam - Malam Kebudayaan dan BBQ
11.30 malam - Tidur

SABTU (25 JUN 2011)
5.30 pagi - Solat Subuh dan tazkirah
8.00 pagi - Sarapan pagi
9.00 pagi - Membersihkan kawasan perkhemahan
10.00 pagi - Acara penyampaian hadiah
11.00 pagi - Bersurai

Keputusan setiap aktiviti Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform (TKRS) 211 ialah :

Kategori 1 : Persembahan Terbaik - Kumpulan Unggul
Kategori 2 : Khemah Terbaik - Kumpulan Terbilang
Kategori 3 : Menu Terbaik - Kumpulan Cemerlang
Kategori 4 : Kumpulan Harapan - Kumpulan Gemilang dan Hebat

Juara keseluruhan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform (TKRS) 2011 ialah Kumpulan Unggul. TAHNIAH!!