SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK DUSUN

Jumaat, 9 November 2012

Rabu, 7 November 2012

Majlis Temu Murni dan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2012

Majlis Temu Murni untuk murid Tahun 1 hingga 5 bagi peperiksaan Akhir Tahun 2012 telah berjalan dengan lancar. Ibubapa bersemangat datang untuk menandatangani buku rekod anak-anak mereka. Sejurus kemudian, Majlis Anugerah Kecemerlangan 2012 telah dijalankan bagi mengiktiraf kejayaan murid SK Dusun untuk tahun ini. Majlis ini dirasmikan sendiri oleh Guru Besar kami sendiri, Pn. Nurani bt Lebai Abdul.  Acara ini juga diserikan dengan kehadiran YDP PIBG SK Dusun. Majlis ini bermula jam 9.00 pagi dan selesai pada 12.00 tengah hari. 














Saiyidah Anis Husna bt M.Afandi, Tokoh Kurikulum SK Dusun 2012
Muhammad Shahmin Aiman b M.Zuraini, Tokoh Ko-Kurikulum SK Dusun 2012


Ahad, 4 November 2012

Karnival Pertandingan Bola Tampar Jemputan Sekolah Kluster Kecemerlangan


Karnival Pertandingan Bola Tampar Jemputan Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Negeri telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Dusun pada 2hb-3hb November 2012 (Jumaat & Sabtu). Pertandingan telah dihenti seketika pada pagi Sabtu kerana hujan lebat namun tidak melunturkan semangat pemain. Pertandingan disambung jam 9.30 pagi. Pasukan yang menang dalam karnival ini :

L11:
Johan -  Sekolah Kebangsaan Dusun
Naib Johan - Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong
Tempat Ketiga - Sekolah Kebangsaan Pasir Nering & Sekolah Kebangsaan Paka II

P11
Johan - Sekolah Kebangsaan Dusun
Naib Johan - Sekolah Kebangsaan Pasir Nering
Tempat Ketiga - Sekolah Kebangsaan Kg. Fikri & Sekolah Kebangsaan Bukit Gutong

::~ semoga tahun depan boleh sertai karnival ini lagi. Insyaallah...

Hari Pertama :



















Hari Kedua :










Jepun@sin can < Tahun 4>

Pemain bersama coach

Ahad, 21 Oktober 2012

Johan Karnival 1M1S Peringkat Negeri Terengganu

Alhamdulillah...kami johan lagi..Team Bola Tampar SK Dusun di Karnival 1Murid 1Sukan peringkat Negeri Terengganu.Tahniah dan jutaan terima kasih kepada guru2 serta warga Kg. Dusun yg mberikan sokongan sepanjang karnival yg diadakan di Sekolah Sukan Bukit Nenas, Setiu. Tahniah buat Pasukan Bola Tampar LP11 Dan Bola Baling LP11 MSSDHT ( Sekolah Kebangsaan Dusun, sk seri berang, Sekolah Kebangsaan Menerong) setelah muncul Johan d Karnival 1M1S MSST 2012. Tidak lupa juga kpd SMK Jenagor naib johan bola baling L16 n SMK Tg Ampuan Intan ke3 bersama bola tampar L16...tahniah juga kpd Skb Perah Ajil, johan b/sepak n sk bkt gemuroh johan b/jaring karnival 1m1s mssdht 2012.Terima kasih buat PT n peg/guru yg terlibat dan tahniah buat semua sklh yg menyertai kej pd thn ini...tqvm!!!! untuk gambar-gambar lain,sila ke http://www.facebook.com/sekolah.kebangsaandusun
Skuad Bola Tampar

Ahad, 14 Oktober 2012

LADAP - Kursus Memperkasakan Ilmu @Kota Bahru

Program LADAP SK Dusun telah dijalankan pada 11 - 13 Oktober 2012 di Sutra Inn Prima,Kota Bahru. Semua guru dan kakitangan diwajibkan untuk menghadiri kursus ini bagi memantapkan lagi kualiti kerja dan bekerja dengan penuh semangat. Antara penceramah yang hadir memberikan motivasi kepada kami ialah En. Maliki (Kaunselor sepenuh masa SMK To' Uban) dan Ust. Abd Hadi (Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan-Unit Aqidah). Semua penceramah undangan menyampaikan ceramah dengan penuh semangat. 

En. Maliki sedang bersemangat menyampaikan ceramah beliau.



Ustaz Abd Hadi sedang menyampaikan ceramah.