SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK DUSUN

Ahad, 12 Julai 2009

Dari Meja Guru Besar

Assalamualaikum



Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana kita dapat melaksanakan tugas pada tahun 2015 dengan jayanya, semoga Allah jua yang akan memberi ganjaran di atas kerja buat kita sepanjang tahun lepas dan tahun-tahun akan datang.


Kita maju selangkah lagi dengan wujudnya laman blog SKD pada hari ini. Adalah diharapkan laman ini dapat memberi manfaat kepada warga SKD dan semua yang melayarinya. 



Kemajuan teknologi masa kini diharap dapat membantu kita semua untuk meningkatkan lagi pencapaian yang pernah kita kecapi sebelum ini. Oleh sebab itu pada tahun ini saya harap SKD dapat mencipta banyak perubahan dalam pelbagai bidang.



Sehubungan dengan itu saya juga mengharapkan kerjasama dan pengorbanan yang tinggi dari semua Warga SKD yang tercinta ini.



Untuk mencapai hasrat tersebut, semua guru hendaklah merangka, mengatur dan mengurus satu strategi yang betul-betul mantap untuk dilaksanakan.


"Melestarikan Pendidikan Terbilang "



EN. MOHD RAWI BIN RANI @ ABD GHANI

Guru Besar Sk.Dusun,

Hulu Terengganu.