SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK DUSUN

Selasa, 9 September 2014

Selasa, 27 Mei 2014

Kem benih disemai hasil dituai 2014 tlh diadakan di Resthouse,Kuala Berang selama 3hari 2malam bermula pd 24 - 26 Mei 2014.
Semoga info dan input yg diberikan kpd murid-murid skd dpt mmbantu mereka utk mencipta kecemerlangan...amin

Ahad, 18 Mei 2014

Rabu, 26 Mac 2014

Mesyuarat Agung PIBG 2014 telah diadakan pada 20 Mac 2014 iaitu pada hari Khamis.Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin..

Pendaftaran ibubapa
Bacaan ayat suci Al-Quran oleh adik Wan Nur Fatihah bt Wan Azmi tahun 6
Ucapan perasmian oleh Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, 
Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin
Para ibubapa dan guru SK Dusun
Ucapan oleh Tuan Guru Besar SK Dusun, Pn.Nurani bt Lebai Abdul

 

Khamis, 6 Mac 2014

Syabas & tahniah kpd pasukan bola tampar SK Dusun tlh menjadi johan P12 & Naib Johan L12


Perlawanan bola tampar peringkat zon telah diadakan selama 2hari bertempat di SK Dusun bermula pada 5 Mac 2014 hingga 6 Mac 2014. Sebanyak 7buah sekolah telah menyertai pertandingan ini.Semoga SKD dapat mengekalkan lagi kecemerlangan dalam sukan bola tampar ini dan terus cemerlang dan gemilang


 

Jumaat, 28 Februari 2014

Majlis temu murni murid Tahun 6 SK Dusun.Semoga SKD trus cemerlang.... 



Selasa, 25 Februari 2014

Program Bina Insan Guru 2014 - Lawatan Benchmarking PISMP TESL 4 IPG KADRI.Seramai 25 orang bakal guru termasuk seorang pensyarah pengiring telah membuat lawatan penanda aras ke SK DUSUN. 





Isnin, 17 Februari 2014

Pemantauan Persediaan Pencalonan SBT 2014

HULU TERENGGANU - Sekolah-sekolah Band 1 seluruh negara sedang sibuk mengisi Annex dalam portal NKRA bagi menyediakan diri untuk pencalonan  SBT Fasa 5, 2014. Dan dalam masa yang sama juga kebanyakan sekolah-sekolah ini juga sibuk menyiapkan diri untuk verifikasi Bai'ah atau Anugerah Tawaran Baru Guru Besar.

Bagi membantu persediaan sekolah pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, JPN dan PPD turut sama membuat pemantauan dan bimbingan. Hari Pn. Aini Arifah dari BPSBPSK telah bersama-sama pegawai dari JPN dan PPD Hulu Terengganu telah mengadakan pemantauan di Sekolah Kebangsaan Seri Berang, Hulu Terengganu. Turut sama ialah Guru-Guru Besar Sekolah Band 1, daerah Hulu Terengganu.

Antara perkara yang dilihat dan dibimbing ialah persembahan power point, semakan dokumen Annex dan lawatan persekitaran sekolah.

SK Seri Berang merupakan sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan. Sekolah ini telah tercalon untuk SBT Fasa 4 tetapi beberapa kelemahan dokumentasi Annex menyebabkan ia tidak disenaraikan sebagai penerima Anugerah SBT Fasa 4. Kita berharap dengan penambahbaikan dokumentasi Annex serta aspek-aspek lain sekolah ini  mampu meraih gelaran SBT Fasa 5. Dalam tahun 2013 pelbagai kejayaan telah dicapai oleh SK Seri Berang termasuk menjadi sebuah dari tiga buah sekolah Terengganu yang menerima Anugerah Cemerlang UPSR 2013 Kebangsaan.

Selain SKK SK Seri Berang yang memperolehi Band 1, SK Kuala Berang dan SK Dusun (SKM) adalah dua SKK yang turut tercalon. Dua sekolah ini juga sangat berpotensi untuk dilonjak sebagai SBT pada masa depan. Apa yang kita harapkan sekolah SKK ini dan sekolah -sekolah Band 1 daerah Hulu Terengganu mempunyai sudut yang jelas tentang SBT. Oleh yang demikian gerakan ke arah SBT melalui perancangan yang strategik perlu dimulakan dari sekarang dengan bantuan PPD Hulu Terengganu yang sangat ambisi dan proaktif.

Terima kasih kepada Pn. Aini Arifah atas khidmat nasihat dan bimbingan kepada Guru-Guru Besar Band 1, Hulu Terengganu. Tahniah kepada Guru Besar, SK Seri Berang atas iltizam dan komitmen untuk menjadikan SK Seri Berang sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

Khamis, 30 Januari 2014

Khamis, 23 Januari 2014

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.
Terimakasih yg tidak terhingga kepada pibg, warga skd, komuniti kg Dusun, 

Jk Masjid Kg Dusun dan Us Ridzwan Omar dari SK Tengkawang penceramah jemputan.  "Wassatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah ".....


Selasa, 14 Januari 2014



BIODATA RASULULLAH SAW

NAMA : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib.

TARIKH LAHIR : Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah.


TEMPAT LAHIR : Rumah Abu Talib,Maakatul Mukarramah.

Gelaran: AL AMIN

Pengasuh Pertama: Ummu Aiman

Ibu Susu Pertama : Thuwaibatul Aslamiah

Ibu Susu Kedua: Halimah As Saadiah

Isteri-Isteri Rasulullah :

1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umaiyah.
6] Saudah bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.

Anak-Anak Rasulullah :

1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)

SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H .

Perpanjangkan kepada seluruh Umat ISLAM sebagai tanda kecintaan kita kepada NABI MUHAMMAD SAW.. 

Rabu, 1 Januari 2014

1 Jan 2014
As salam. 
Selamat bertemu kembali dan selamat datang buat semua warga skd baru dan lama.
Diharap dan di doakan agar tahun ini kita dapat melestarikan kecemerlangan UPSR dan Bola Tampar serta bidang2 lain baik kurikulum, kokurikulum mahu pun pembentukan sahsiah murid.


Terima kasih buat ayah angkat skd, cg Roslan yg sudi hadir hari ini memantau perjlnn hari pertama persekolahan..