SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK DUSUN

Isnin, 18 Mac 2013

MTQ Zon KDSR 2

Alhamdulillah...Muhammad Harith Ikmal b Mohd Afandi (Tahun 6) telah mendapat tempat ketiga (L) dalam Pertandingan Hafazan (Kumpulan Dinamik SR 2) Peringkat Zon KDSR 2. - MTQ-


Khamis, 14 Mac 2013

Program B.I.G (Bina Insan Guru) 2013 - PISMP TELS 2 IPG KADRI

Program B.I.G (Bina Insan Guru) 2013 - PISMP TELS 2 IPG KADRI. Seramai 20 orang bakal guru termasuk seorang pensyarah pengiring telah membuat lawatan penanda aras ke SK DUSUN. 







Pingat Perak untuk Acara Lontar Peluru L12 dan Lompat Jauh P12


Pemenang Pingat Perak (Naib Johan) Acara Lontar Peluru di Kejohanan Balapan dan Padang MSSDHT kali ke 48 tahun 2013 yang berlangsung di SMK Jenagor.


Ahmad lokman b Rasdi

Pemenang Pingat Perak (Naib Johan) Acara Lompat Jauh di Kejohanan Balapan dan Padang MSSDHT kali ke 48 tahun 2013 yang berlangsung di SMK Jenagor. Acara yang menanti beliau petang ini ialah 200m akhir jam 2.00 petang (14.3.2013). Doakan adik Azira akan membawa pulang pingat untuk dirinya serta mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Dusun


Nurul Azira bt Abdullah

Ahad, 10 Mac 2013

We Are The Champion!!

Pertandingan Bola Tampar Peringkat Daerah Hulu Terengganu telah berlangsung di Gelanggang Bola Tampar SK Dusun pada 5-6 Mac lepas. Pada hari pertama pertandingan cuaca memang mengizinkan,tetapi hari kedua pertandingan diiringi dengan hujan renyai. Tetapi ini tidak mematahkan semangat pemain-pemain bola tampar. Perjuangan harus diteruskan. Johan Pertandingan Bola Tampar Daerah Hulu Terengganu (MSSDHT) kategori L12 ialah SK Dusun,diiringi dengan SK Pasir Nering sebagai Naib Johan. Manakala SK Matang dan SK Landas mendapat tempat ketiga bersama. Manakala  ketegori P12 Johan masih dimiliki oleh pasukan daripada SK Dusun, Naib Johan SK Pasir Nering,dan tempat ketiga bersama ialah SK Ajil dan SK Bukit Apit.