SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK DUSUN

Rabu, 30 Januari 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Semalam, 29 Januari 2013 Sekolah Kebangsaan Dusun telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H yang juga disertai oleh komuniti setempat dan murid Tadika Kemas Kg.Dusun.Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga SK Dusun yang telah menjayakan program ini. Jutaan terima kasih juga kepada AJK Masjid Kg. Dusun kerana telah menyediakan makanan kepada murid semasa perarakan tadi.
Antara pengisian untuk majlis ini ialah ceramah perihal kebangkitan Islam yang telah disampaikan oleh Ust. Zabidi b Zainon,kuiz yang berkaitan, Pertandingan Membaca Jawi. Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah selesai pada jalm 1.30 petang.














Isnin, 28 Januari 2013

Pemantauan Pengurusan Sekolah

Hari ini Sekolah Kebangsaan Dusun telah menerima kunjungan 2 orang pegawai daripada JPNT bagi Pemantauan Pengurusan Sekolah iaitu En.Wahab bin Salleh,Pegawai Kanan (Pengurusan SJKT) Sektor Pengurusan Sekolah dan En.Tan Siew Theng.














Tazkirah Pagi


[SEMBANG PAGI] 

1. motor. ada enjin ok, minyak petrol ada , tayar ada bagus, start enjin ja, masuk gear, press, (insyaAllah) akan gerak . lagi press kuat, lagi laju ... tapi semua nampak macam motor, tapi minyak petrol masuk ruang minyak hitam, minyak hitam masuk tempat minyak petrol, motor tadak jalan punya ... 

2. belajar. datang kelas, buat latihan, ulangkaji, datang exam, (insyaAllah) lulus. lagi kuat study, lagi cemerlang... kalau datang exam, tapi pen tak bawa tadak jadi apa2. 

3. agama. waktu solat, tunai solat. puasa tunaikan puasa. pendek kata tunai perkara wajib, InsyaAllah selamat akhirat, dan dunia yang pendek ni dapat keberkatan. lagi baik, solat awal waktu berjemaah di masjid, puasa pulak sempurna dengan taraweh, quran dan zikir, haji buat sungguh2, hidup berkat, akhirat (insyaAllah) masuk syurga tinggi dan mulia... 

memang semua berlaku dengan izin Allah. tapi oleh kerana dunia ni "darul-asbab" atau tempat yang setiap perkara berlaku dengan perantaraan usaha, maka usaha adalah indikator kejayaan. mungkin ada motor bergerak tanpa minyak (dengan izin Allah), tak belajar tapi genius dan tak perlu usaha banyak tapi boleh cemerlang (dengan izin Allah), dan masuk syurga walaupun atas dunia banyak buat jahat (dengan izin Allah) ... 

tapi oleh kerana kita kita faham dengan makan boleh kenyang, dengan minyak petrol baru boleh jalan, dan dengan kebaikan, berbalas kebaikan, maka itu yang kena buat.... 

hakikat iman seseorang yang sepatutnya, --->; saya berusaha, tapi Allah yang tentukan hasilnya (100%). jika yakin kita sebaliknya (saya dapat apa yang saya buat) atau 50-50 maka iman yakin dengan Allah belum sahih. sila betulkan sebelum mati menjelang :D 

>UTAMAKAN YANG UTAMA<

Rabu, 23 Januari 2013

Lawatan Jemaah Nazir ke SK Dusun bagi Tawaran Baru Guru Besar (New Deals)











Lawatan Jemaah Nazir Untuk Tawaran Baru Bai'ah untuk Guru Besar (New Deals)


Lawatan Jemaah Nazir telah datang ke SK Dusun seawal 8.00 pagi. SK Dusun telah menerima rombongan seramai 3 orang iaitu daripada Pahang,N.Sembilan dan Terengganu. Ramai yang tertanya apakah yang membuatkan sekolah itu dinilai bagi mendapatkan tawaran ini.

Apa itu “New Deals” atau Bai’ah ?

Ganjaran Kepada Guru Besar / Pengetua.
•      Penilaian  Ke atas Guru Besar / Pengetua Dilakukan Pada Penghujung Pusingan Tahun Penilaian Semasa Setelah Keputusan UPSR Diumumkan & Markah   SKPM Di Isi Ke Dalam Portal Oleh Guru Besar – PENILAIAN BERMULA TAHUN 2010
•          PENCAPAIAN Guru Besar DIUKUR SEBAGAI SKOR KOMPOSIT
•          SKOR GPS (70%) + SKOR SKPM (30%)
•          Guru Besar  BERKHIDMAT DI SEKOLAH BERKENAAN  MELEBIHI 6 BULAN
•          SEKOLAH LAYAK DINILAI DAN MELALUI SARINGAN APABILA;
•          SKOR KOMPOSIT LEBIH 84% (Kategori 1)
•          RANKING LONJAKAN SEBANYAK 2050 (Kategori 2)
•          BEZA SKOR KOMPOSIT – 6.33 (Kategori 3)
•          Verifikasi Ke Atas  Sekolah Berjaya Saringan  Berdasarkan  Portal Nkra- Tawaran Baru  Akan Di Lawati Oleh
•          Nazir
•          Bahagian Audit Sekolah
•          Jpn/Ppd
•          (sjk&panel lnpt negeri)
•          SYARAT PERAKUAN  LAYAK TERIMA GANJARAN
Syarat Diperakukan Ganjaran Kepada Guru Besar                                            
•          Audit tanpa  berteguran (*pada tahun penilaian)
•          Guru Besar bebas tindakan tatatertib
•          lnpt Guru Besar melebih 90%
•          Pencapaian linus lebih 90% (bagi sek.84%)
•          Meningkat 50% dari  saringan 1 (bagi sek lonjakan 2050)
•          Diperaku oleh jk panel penilai yg dipengerusikan oleh  Ksu Kpm.
•          Penilaian untuk tahun 2012.

Tiada Tawaran Baru Kepada
•          Guru Besar/ Pengetua baru dilantik kurang dari 6 bulan pada tahun penilaian
•          Guru Besar/ Pengetua sedang berkhidmat di sekolah baru yang belum ada  peperiksaan awam
•          Guru Besar/ Pengetua akan bersara kurang 6 bulan pada tahun penilaian
•         Guru Besar/ Pengetua tiada di sekolah melebihi 6 bulan secara berterusan.
Sekolah Layak Tapi Tanpa Guru Besar / Pengetua

•          Dengan syarat Guru Penolong Kanan menanggung kerja;
•          Guru Penolong Kanan tanggung kerja Guru Besar melebihi 6 bulan
•          Tawaran baru di beri kepada Guru Penolong Kanan tersebut
•          Ganjaran diberikan secara prorata (proportionate) bukan sepenuhnya.

Ganjaran Kepada Guru
•          Bagi sekolah yang GBnya mendapat ganjaran, guru-gurunya juga layak dipertimbangkan ganjaran dengan syarat:
•          Guru tersebut telah berkhidmat di sekolah itu melebihi 6 bulan.
•          Mencapai SKT/KPI mengikut LNPT dan bukan prestasi statik
•          Bebas daripada Tindakan Tatatertib.
•          Tidak meninggalkan sekolah melebihi 6 bulan untuk cuti tanpa gaji, sambung belajar dll.
•          Tidak akan bersara dalam tempoh kurang 6 bulan pada tahun penilaian.

Syarat Pemberian Tawaran Baru (New Deals)
TINDAKAN JPN/PPD  
  • JPN/PPD  mempengerusikan jawatankuasa Panel Penilai LNPT sekolah.
  • Urusetia : Unit Naik Pangkat SKPP,JPN.
  • Jawatankuasa Panel Penilai terdiri daripada:
Pengerusi : Pengarah / PPD
AJK : Ketua-ketua Sektor / Timbalan PPD
Guru Besar / Pengetua (bagi SM)
Guru Penolong Kanan 1
Guru Kanan Mata Pelajaran ( jika SM)
  • JPN diminta menghantar keputusan LNPT yang mengandungi keseluruhan senarai guru 5% dan guru 95% diperakukan untuk menerima ganjaran daripada sekolah yang berkaitan kepada  Urusetia Tawaran Baru Jemaah Nazir Jaminan Kualiti KPM dan salinan kepada Unit Naik Pangkat, BPSM,KPM sebelum 14 Januari 2011 (bagi sekolah layak pada tahun 2010).

Bentuk Ganjaran ( Tawaran Baru Guru Besar / Pengetua )
•          Ganjaran kewangan
•          Insentif khas berbentuk wang – diberikan setiap tahun kepada GB yang memenuhi  syarat-syarat yang ditetapkan.
•          Ganjaran GB RM7500, 5% LNPT tertinggi Guru RM1800 dan 95% Guru berikutnya RM900 .
•          Ganjaran bukan kewangan

Ahad, 20 Januari 2013

Isnin, 14 Januari 2013

VBall Dusun


Team VBall SK Dusun telah memulakan latihan sebelum sesi pembelajaran bermula bagi membuat persediaan untuk kejohanan sepanjang tahun 2013. Semoga tahun 2013 ini akan memberikan 1001 kenangan manis dalam setiap kejohanan.Amin....

Khamis, 3 Januari 2013

Enrolmen Murid SK Dusun 2013

Enrolmen Murid SK Dusun 2013

Tahun 1 : 4 orang ( 2 Lelaki 2 Perempuan)
Tahun 2 : 8 orang ( 3 Lelaki 5 Perempuan)
Tahun 3 : 10 orang ( 4 Lelaki 6 Perempuan)
Tahun 4 : 8 orang ( 5 Lelaki 3 Perempuan)
Tahun 5 : 10 orang ( 3 Lelaki 7 Perempuan)
Tahun 6 : 16 orang ( 8 Lelaki 8 Perempuan)

Jumlah Keseluruhan : 56 orang

Selasa, 1 Januari 2013