SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK DUSUN

Ahad, 26 Februari 2012

Pasukan Bola Tampar MSST

Kejohanan Bola Tampar Daerah 2012 telah berlangsung di Kemaman pada 23Feb hingga 25Feb baru-baru ini dan buat julung-julung kalinya pasukan dari Hulu Terengganu telah menjuarai dalam kategori P12 manakala pasukan L12 tidak pulang dengan tangan kosong kerana telah menduduki tempat ketiga. Pasukan P12 telah  berhempas pulas 100% bagi menjuarai kategori ini dengan menentang pasukan dari Besut sehingga mendapatkan mata yang cukup cemerlang dengan kiraan mata 25-15, 25-8. Tahniah kepada jurulatih serta pengurus pasukan yang telah banyak mencurahkan tenaga serta masa bagi melatih pasukan bola tampar dari daerah Hulu Terengganu ini. Pasukan Bola Tampar ini telah diwakili dari murid Sekolah Kebangsaan Dusun dan Sekolah Kebangsaan Pasir Nering. Enam orang murid P12 dan L12 dari pasukan dari Hulu Terengganu telah dipilih untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan (MSSM) yang akan diadakan di Sarawak pada 12-19 Mac 2012 nanti.

Senarai nama pemain yang akan mewakili Terengganu :-
1. Ahmad Lokman b Rosdi
2. Muhammad Syahmi Aiman b M.Zuraini
3. Nur Azira bt Abdullah
4. Nur Syafikah Ilya bt Samazelam
5. Azrahima bt Mohd Attajisabki
6. Hazwani bt Sukri

Tahniah diucapkan kepada pasukan P12 Hulu Terengganu!!

Khamis, 9 Februari 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H Peringkat Sekolah

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H peringkat Sekolah telah diadakan pada hari Khamis 9 Feb lepas. Majlis ini dimulakan dengan berselawat beramai-ramai di tapak perhimpunan tepat jam 8.00 pagi. Turut memeriahkan sambutan ini ialah guru-guru KAFA serta orang-orang kampung.Pihak sekolah amat berbesar hati dengan penglibatan orang Kampung Dusun. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kedatangan penceramah jemputan dari SK Tengkawang iaitu Ust. Mohd Hanif b Abd Aziz. Sesi ceramah ini diadakan di Masjid Kg. Dusun pada jam 9.00 pagi dan selesai pada jam 10.30 pagi. Setelah selesai sesi ceramah, pertandingan mewarna untuk Tahap 1 dan Tahap 2 dimulakan tepat jam 11.00 pagi dan selesai pada jam 12.30 tengah hari.






Anugerah Apresiasi 2011

SK Dusun telah mendapat penganugerahan Gred Purata Sekolah Terbaik bagi Kategori Sekolah Enrolmen Calon Kurang 100 yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad bin Said. Majlis tersebut diadakan di Wisma Darul Iman pada 8.2.2012. Sebagai ganjaran bagi penganugerahan ini, SK Dusun telah menerima ganjaran berupa cek yang bernilai RM 3000. Tahniah diucapkan kepada warga SK Dusun dengan pencapaian UPSR 2011 yang begitu cemerlang. Segala usaha yang dicurahkan hanya Tuhan dapat membalasnya.


Rabu, 1 Februari 2012

Kami Johan Lagi !!!!

Pasukan Bola Tampar SK Dusun telah menjadi Johan bagi setiap kategori dengan menewaskan pasukan dari SK Pasir Nering.Pasukan P12 menang dengan mata 25-9, 25-21. Manakala pasukan L12 menang dengan mata 25-15, 25-20. Ini menunjukkan semangat kesukanan yang masih tebal dalam diri murid SK Dusun dengan mengekalkan kejuaraan yang dipegang selama 2 tahun berturut-turut. Perlawanan peringkat daerah pula akan diadakan pada 9hb - 11hb Feb. Doakan kejayaan kami untuk kejohanan untuk mewakili daerah Hulu Terengganu pula pada 23 Feb - 25 Feb ini di Kemaman.