SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK DUSUN

Jumaat, 7 Januari 2011

Pelancaran Blog SK Dusun

Khamis, 5 Januari 2011 di bilik komputer SKD telah berlangsungnya majlis pelancaran blog SKD yang disempurnakan oleh yang berusaha Tuan Guru Besar En Ahmad bin Muda dengan suasana yang sederhana tetapi penuh bermakna. Blog ini telah dibangunkan oleh Ustaz Faizo Bin Mat  dengan kerjasama rakan-rakan guru SKD dan merupakan buah tangan beliau sebelum bertukar ke SK Felda Jerangau Barat yang akan memulakan tugas sebagai GPK Hem di sana pada 9 Januari ini.

Dalam ucapan ringkas GB pada majlis  pelancaran tersebut beliau berharap semoga SKD dapat dikenali dengan lebih dekat lagi melaui kunjungan atau pelawat dari seluruh dunia melalui alam maya ini.
En Ahmad Bin Muda (GB) sedang menyiapkan catatan
' dari meja guru besar ' untuk dimuatkan dalam blog SKD

-Siap untuk di upload-

Akhirnya dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim Tuan Guru Besar melancarkan Blog SKD dengan jayanya. Terima kasih. Semoga blog ini menjadi sumber informasi kepada semua.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan