SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK DUSUN

Rabu, 23 Mei 2012

Lawatan Pengerusi Penal Penasihat Sekolah Kluster

Hari ini, SK Dusun telah menerima lawatan daripada Pengerusi Penal Penasihat Sekolah Kluster, Tan Sri Dato’ Sri Panglima Dr. Hj. Abdul Rahman Arshad, Pn. Salbiah bt Baba,(Penolong Pengarah Kanan SKK) , En. Hamid b Yahya (Penolong Pengarah SBPSK, JPNT) dan juga diiringi oleh wakil daripada PPD Hulu Terengganu Tn. Hj Mohd Sohaimi b Zakaria (Pen. PPD , PPD Hulu Terengganu), En. Mohd Yusrie b Che Din (Pegawai Khas Pengurusan Maklumat PPDHT) dan En. Mohd Sabri (Juruteknik PPDHT). Rombongan tiba di SK Dusun pada jam 9.30 pagi dan diiringi oleh paluan kompang dan acara formasi Bola Tampar yang disertai oleh pasukan Bola Tampar SK Dusun serta pelapis. 

Acara : Persembahan multimedia (preview sekolah) kepada rombongan.
Acara :  Persembahan boria oleh murid Tahun 4.
Acara : Minum pagi.
Acara : Lawatan ke persekitaran sekolah (Galeri Sekolah, Bilik Darjah, Laluan Bitara)
Acara : Lawatan tapak pembinaan gelanggang Bola Tampar. 
Acara : Perasmian Teratak Bahasa 
Acara :  Perbentangan kebitaraan oleh Pn. Guru Besar.
Acara : Sesi soal jawab.
Acara : Menikmati makan tengah hari.
Acara : Rombongan pulang.

Tan Sri Dato’ Sri Panglima Dr. Hj. Abdul Rahman Arshad  tiba di perkarangan SK Dusun jam 9.30 pagi.

Disambut oleh murid-murid SK Dusun.



Bergambar kenangan

Rombongan dibawa melawat Galeri SKD.



Tan Sri Dato’ Sri Panglima Dr. Hj. Abdul Rahman Arshad menurunkan tandatangan pada Buku Pelawat SK Dusun.

Rombongan dibawa melawat  ke persekitaran SK Dusun.

Cikgu Wan Azmi  memberikan penerangan kepada Tan Sri Dato’ Sri Panglima Dr. Hj. Abdul Rahman Arshad berkaitan projek pembinaan gelanggang Bola Tampar.


Tan Sri Dato’ Sri Panglima Dr. Hj. Abdul Rahman Arshad merasmikan Teratak Bahasa SK Dusun 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan