SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK DUSUN

Rabu, 25 April 2012

Lawatan Penandaarasan dari SK Sungai Las dan SK Kampung Jaya, Setiu

Selamat Datang ke SK DUSUN!!! SK Dusun telah dikunjungi oleh SK Sungai Las,Setiu sebagai Lawatan Penandaarasan sebagai persediaan untuk pencalonan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2012. Lawatan ini telah disertai seramai 12 orang guru, seorang Pembantu Tadbir dan seorang pengusaha kantin sekolah serta 20 orang murid Tahap 2. Rombongan dari sekolah tersebut telah sampai di SK Dusun pada jam 9.45 pagi. Rombongan disajikan dengan Nasi Minyak pada pagi ini sebagai sarapan untuk perjalanan yang memakan masa hampir 1jam. Selesai sarapan pagi, guru serta murid SK Sungai Las telah diberi taklimat secara menyeluruh tentang sejarah penubuhan,pencapaian UPSR,pencapaian sukan (Bola Tampar) dan lain-lain. Sebelum taklimat diberikan, satu persembahan boria telah dipersembahkan kepada pelawat sebagai mengalu-alukan kedatangan pelawat telah dipersembahkan oleh murid tahun 4. Sebelum rombongan pulang ke Setiu, pelawat telah membuat lawatan ke sekeliling kawasan sekolah termasuk bilik darjah dan bilik guru. Mereka pulang tepat jam 1.00 petang. Semoga selamat sampai ke destasi yang dituju.
Sila Datang Lagi!!!
Tuan rumah bergambar kenangan bersama guru dari SK Sungai Las dan SK Kampung Jaya
Pelawat khusyuk mendengar taklimat

Khusyuk melihat dokumentasi yang dipamerkan. 

Murid dari SK Sungai Las membuat lawatan ke kelas-kelas

Guru Besar SK Dusun (tengah) Pn.Nurani bt Lebai Abdul menyampaikan cenderahati  kepada
Guru Besar SK Sungai Las (kiri) sambil diperharikan oleh En. Hamdan b Melan (PK1)
Guru Besar SK Dusun (tengah) Pn.Nurani bt Lebai Abdul menyampaikan cenderahati  kepada
Guru Besar SK Kampung Jaya (kiri) sambil diperharikan oleh En. Hamdan b Melan (PK1)

Rancak berbual sebelum bertolak pulang ke sekolah masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan