SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK DUSUN

Isnin, 27 Jun 2011

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM (TKRS) 2011

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2011 telah diadakan di perkarangan SK Dusun pada 23 Jun 2011 - 25 Jun 2011 iaitu pada hari Khamis hingga hari Sabtu. Perkhemahan ini disertai seramai 40 orang murid yang terdiri daripada murid tahap 2 dari badan unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah. Pengisian acara perkhemahan  ini adalah seperti berikut :

KHAMIS (23 JUN 2011)
2.30 petang - Bertolak ke sekolah
3.30 petang - Pendaftaran peserta
4.00 petang - Mendirikan khemah
7.00 malam - Makan malam
7.30 malam - Solat Maghrib dan Solat Hajat serta tazkirah disampaikan oleh penceramah dari Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu
11.30 malam - Tidur

JUMAAT (24 JUN 2011)
5.30 pagi - Solat Subuh dan Tazkirah
8.00 pagi - Sarapan pagi
8.30 pagi - Aktiviti 1 (gotong royong - mengutip batu dari sungai)
10.30 pagi - Rehat
11.00 pagi - Sambungan aktiviti 1
1.00 t.hari - Sembahyang Jumaat
2.30 petang - Makan tengahari
3.30 petang - Aktiviti 2 ( mengembara - Jungle Tracking)
5.00 petang - Minum petang dan Solat Asar
7.15 malam - Solat Maghrib, tazkirah dan solat Isyak
9.00 malam - Malam Kebudayaan dan BBQ
11.30 malam - Tidur

SABTU (25 JUN 2011)
5.30 pagi - Solat Subuh dan tazkirah
8.00 pagi - Sarapan pagi
9.00 pagi - Membersihkan kawasan perkhemahan
10.00 pagi - Acara penyampaian hadiah
11.00 pagi - Bersurai

Keputusan setiap aktiviti Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform (TKRS) 211 ialah :

Kategori 1 : Persembahan Terbaik - Kumpulan Unggul
Kategori 2 : Khemah Terbaik - Kumpulan Terbilang
Kategori 3 : Menu Terbaik - Kumpulan Cemerlang
Kategori 4 : Kumpulan Harapan - Kumpulan Gemilang dan Hebat

Juara keseluruhan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform (TKRS) 2011 ialah Kumpulan Unggul. TAHNIAH!!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan