SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SK DUSUN

Jumaat, 31 Disember 2010

Renungan Tahun Baru 2011

Renungi dan amalkanlah..
  • Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu kian bahagia.
  • Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.
  • Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.
  • Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan…
  • Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi pahamilah orang itu, maka orang itu paham dengan kamu.
  • Jangan menunggu terinspirasi baru menulis. tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.
  • Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.
  • Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah,. bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.
  • Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.
  • Jangan menunggu kejayaan baru bersyukur. tapi bersyukurlah, maka bertambah kejayaanmu.
  • Jangan menunggu boleh baru melakukan, tapi lakukanlah! Kamu pasti boleh!

Khamis, 30 Disember 2010

Hari Kelepasan Am Negeri Terengganu pada 2.1.2011

Sesi Persekolahan 2011 akan bermula pada 3.1.2011 ( Isnin ) kerana pada Hari Ahad diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Terengganu sempena kemenangan Malaysia dalam perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 yang diumumkan Y.A.B Perdana Menteri.klik 

Selasa, 28 Disember 2010

TAHNIAH

Warga SKD mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Ketua Sektor, Sektor Pengurusan, JPNT yang baru En Zakariah Bin Ali.
Selamat bertugas dan meneruskan agenda
' Melestarikan Pendidikan Terbilang'