SELAMAT DATANG
Selasa, 7 Ogos 2012
PERCUBAAN UPSR 2012
Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR wahai anak didik Tahun 6 SK Dusun. Hari ini, seramai 15 orang murid SK Dusun sedang menduduki peperiksaan percubaan UPSR. Doa guru-guru,ibubapa serta kakitangan mengiringi anda sehingga menjelang peperiksaan sebenar UPSR.
Rabu, 11 Julai 2012
SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA
Kementerian
Pelajaran sekali lagi melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) melalui
pembabitan lebih 3.6 juta murid dalam Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan
1Malaysia peringkat kebangsaan, hari ini.
Senamrobik itu yang dilakukan serentak di 10,000
sekolah di seluruh negara dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin di Sekolah Wawasan USJ 15 di sini. Dalam perutusannya semasa melancarkan program itu,
Muhyiddin berkata, dasar 1Murid 1Sukan yang mewajibkan setiap murid sihat
mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan sejajar dengan
hasrat untuk memupuk budaya bersukan di sekolah.
"Saya bersyukur kerana dasar 1Murid 1Sukan
turut memperlihat hasrat kerajaan menjadikan sukan sebagai alat utama perpaduan
kerana jelas terbukti bahawa sukan boleh menyatupadukan masyarakat berbilang
kaum dalam merealisasikan Gagasan 1Malaysia.
"Justeru, bidang sukan adalah gambaran
sebenar kepada konsep 1Malaysia yang secara tidak langsung menaikkan semangat
patriotisme dalam kalangan murid sekolah," katanya.
Tahun lalu, kementerian mencatat nama dalam MBR
melalui program Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang dijayakan oleh 4.1
juta pelajar dari 9,980 sekolah seluruh negara.
Ahad, 8 Julai 2012
Bacaan Yasin Pada Setiap Hari Khamis
Aktiviti ini adalah aktiviti rutin warga SK Dusun sebelum sesi P&P. Bacaan yasin ini telah diketuai oleh Ust. Mohd Zabidi. Aktiviti ini akan kekal sehingga menjelang peperiksaan sebenar UPSR. Ibubapa murid juga dijemput bagi bacaan yasin ini.
Langgan:
Catatan (Atom)
