Selamat menghadapi peperiksaan UPSR 2014
SELAMAT DATANG
Selasa, 9 September 2014
Selasa, 27 Mei 2014
Rabu, 26 Mac 2014
Mesyuarat Agung PIBG 2014 telah diadakan pada 20 Mac 2014 iaitu pada hari Khamis.Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin..
Pendaftaran ibubapa
Bacaan ayat suci Al-Quran oleh adik Wan Nur Fatihah bt Wan Azmi tahun 6
Ucapan perasmian oleh Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu,
Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin
Para ibubapa dan guru SK Dusun
Ucapan oleh Tuan Guru Besar SK Dusun, Pn.Nurani bt Lebai Abdul
Khamis, 6 Mac 2014
Selasa, 25 Februari 2014
Isnin, 17 Februari 2014
Pemantauan Persediaan Pencalonan SBT 2014
Bagi membantu persediaan sekolah pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, JPN dan PPD turut sama membuat pemantauan dan bimbingan. Hari Pn. Aini Arifah dari BPSBPSK telah bersama-sama pegawai dari JPN dan PPD Hulu Terengganu telah mengadakan pemantauan di Sekolah Kebangsaan Seri Berang, Hulu Terengganu. Turut sama ialah Guru-Guru Besar Sekolah Band 1, daerah Hulu Terengganu.
Antara perkara yang dilihat dan dibimbing ialah persembahan power point, semakan dokumen Annex dan lawatan persekitaran sekolah.
SK Seri Berang merupakan sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan. Sekolah ini telah tercalon untuk SBT Fasa 4 tetapi beberapa kelemahan dokumentasi Annex menyebabkan ia tidak disenaraikan sebagai penerima Anugerah SBT Fasa 4. Kita berharap dengan penambahbaikan dokumentasi Annex serta aspek-aspek lain sekolah ini mampu meraih gelaran SBT Fasa 5. Dalam tahun 2013 pelbagai kejayaan telah dicapai oleh SK Seri Berang termasuk menjadi sebuah dari tiga buah sekolah Terengganu yang menerima Anugerah Cemerlang UPSR 2013 Kebangsaan.
Selain SKK SK Seri Berang yang memperolehi Band 1, SK Kuala Berang dan SK Dusun (SKM) adalah dua SKK yang turut tercalon. Dua sekolah ini juga sangat berpotensi untuk dilonjak sebagai SBT pada masa depan. Apa yang kita harapkan sekolah SKK ini dan sekolah -sekolah Band 1 daerah Hulu Terengganu mempunyai sudut yang jelas tentang SBT. Oleh yang demikian gerakan ke arah SBT melalui perancangan yang strategik perlu dimulakan dari sekarang dengan bantuan PPD Hulu Terengganu yang sangat ambisi dan proaktif.
Terima kasih kepada Pn. Aini Arifah atas khidmat nasihat dan bimbingan kepada Guru-Guru Besar Band 1, Hulu Terengganu. Tahniah kepada Guru Besar, SK Seri Berang atas iltizam dan komitmen untuk menjadikan SK Seri Berang sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.
Khamis, 23 Januari 2014
Selasa, 14 Januari 2014

BIODATA RASULULLAH SAW
NAMA : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib.
TARIKH LAHIR : Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah.
TEMPAT LAHIR : Rumah Abu Talib,Maakatul Mukarramah.
Gelaran: AL AMIN
Pengasuh Pertama: Ummu Aiman
Ibu Susu Pertama : Thuwaibatul Aslamiah
Ibu Susu Kedua: Halimah As Saadiah
Isteri-Isteri Rasulullah :
1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umaiyah.
6] Saudah bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.
Anak-Anak Rasulullah :
1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)
SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H .
Perpanjangkan kepada seluruh Umat ISLAM sebagai tanda kecintaan kita kepada NABI MUHAMMAD SAW..
Rabu, 1 Januari 2014
1 Jan 2014
As salam.
Selamat bertemu kembali dan selamat datang buat semua warga skd baru dan lama.
Diharap dan di doakan agar tahun ini kita dapat melestarikan kecemerlangan UPSR dan Bola Tampar serta bidang2 lain baik kurikulum, kokurikulum mahu pun pembentukan sahsiah murid.
Terima kasih buat ayah angkat skd, cg Roslan yg sudi hadir hari ini memantau perjlnn hari pertama persekolahan..
As salam.
Selamat bertemu kembali dan selamat datang buat semua warga skd baru dan lama.
Diharap dan di doakan agar tahun ini kita dapat melestarikan kecemerlangan UPSR dan Bola Tampar serta bidang2 lain baik kurikulum, kokurikulum mahu pun pembentukan sahsiah murid.
Terima kasih buat ayah angkat skd, cg Roslan yg sudi hadir hari ini memantau perjlnn hari pertama persekolahan..
Ahad, 29 Disember 2013
Khamis, 12 Disember 2013
Dr. Khair dilantik Ketua Pengarah Pelajaran baharu
KUALA LUMPUR 11 Dis. - Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran baharu menggantikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, yang tamat kontrak pada Sabtu lepas (7 Disember).
Sebelum ke pelantikan baharu yang berkuat kuasa 8 Disember itu, Khair adalah Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Perguruan).
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan ciri kepimpinan, kelayakan, pengalaman dan kompetensi yang dimiliki Khair dalam bidang pengurusan serta pembangunan pendidikan.
"Saya percaya ciri-ciri yang dimiliki Khair akan membolehkan beliau menerajui kepimpinan dan melaksanakan tugas Ketua Pengarah Pelajaran dengan cekap, telus dan berkesan untuk mencapai matlamat pendidikan negara," katanya.
Ali turut merakamkan penghargaan kerajaan terhadap segala sumbangan dan khidmat bakti Abd Ghafar sepanjang beliau memegang jawatan itu.
Khair, 57, merupakan lulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pendidikan Teknikal dari Universiti Manchester, United Kingdom; Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Institut Teknologi Bolton, Amerika Syarikat.
Khair, yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih 30 tahun, dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah pada 1 Ogos 1982.
Sepanjang perkhidmatannya, Khair memegang pelbagai jawatan penting termasuk Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Pengarah Institut Aminuddin Baki dan Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. - BERNAMA
Selasa, 10 Disember 2013
Taklimat Perkongsian Pintar Sekolah Kurang Murid (SKM) Terengganu
Selain dari itu diharap para pimpinan SKM dapat berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan mereka yang berjaya terutama yang telah mencapai taraf Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) tentang amalan-amalan terbaik yang mereka laksanakan. Tuan Hj Md. Yasin Salleh, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah telah menyampaikan ucap utama dalam program berkenaan. Beliau berharap melalui perkongsian ini pimpinan SKM dapat membawa sekolah masing ke arah yang lebih hebat melalui anjakan band dan keputusan peperiksaan yang lebih baik pada masa depan.
Terengganu mempunyai 43 buah SKM di mana 4 buah daripadanya ialah SJKC. Sekolah-sekolah SKM Terengganu telah menunjukkan pencapaian yang hebat dalam banyak hal terutama UPSR. SK Tepus, Dungun dan SK Dusun, Hulu Terengganu adalah dua SKM yang mencapai taraf SKK. SK Dusun dalam UPSR 2013 berada pada kedudukan lima terbaik antara SKK Kebangsaan. Pada tahun 2013 enam SKM berada pada Band 1 dan hanya sebuah pada Band 7 dan sebuah pada Band 5. Kita berharap pada tahun 2014 tiada sebuah sekolahpun terutama SKM berada di Band 7.
Pada taklimat ini juga En. Mat Lazim Noor, Penyelia Cemerlang Pengurusan Sekolah telah membentangkan perkongsian "Membangun Kepimpinan SKM berkesan". Beliau yang berpengalaman selama hampir lima belas tahun sebagai guru besar telah menekankan tentang pentingnya kepimpinan sekolah yang mempunyai wawasan, sikap, kemahiran dan pengetahuan kepimpinan yang mantap bagi memimpin dan mengurus sekolah dengan efektif dan cemerlang. Sementara Guru Besar, SK Dusun dan Guru Besar SK Tepus telah berkongsi pengalaman dan amalan hingga mereka mencapai SKK dan sentiasa cemerlang pencapaian UPSR mereka.
Kita juga berharap kedudukan SKM diambil cakna dan dipedulikan oleh semua pihak khususnya KPM atau kerajaan terutama berkaitan pembangunan fizikal dan juga naik taraf perjawatan khususnya Guru Besar. Jika Guru Besar SKM yang mencapai SKK boleh dinaikkan gred DGA38 hakiki maka sewajarnya juga Guru Besar SKM khususnya yang mempunyai murid 90 orang ke atas diberi gred hakiki DGA34 dan sekolah dinaiktaraf ke gred B, bukan saja sebagai insentif menjadi guru besar di pedalaman tetapi juga status sama dengan guru besar gred B yang mana sesetengahnya mempunyai kapasiti murid yang hampir sama.
Apapun kita amat yakin SKM Terengganu akan terus bergerak maju ke depan dan dengan pencapaian pelbagai bidang yang cemerlang menjadi bukti bahawa jika murid mempunyai peluang dan akses pendidikan yang baik potensi mereka mampu digilap apalagi yang menggilap mereka ialah Guru Besar dan guru-guru yang penuh inpirasi...
Isnin, 18 November 2013
Khamis, 14 November 2013
Sk Dusun terus cemerlang lagi dalam UPSR.Tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang mendapat 5A....
Nursyafikah Ilya bt Samazelam
Hazwani bt Sukri
Nur Aysia Munirah bt Mohd Lazim
Nur Azira bt Abdullah
Mujahid b. Ahmad Marzuki
Tg Maisarah bt Tg Mat
Muhammad Faeiz Hazwan b. Sariddon
Muhammad Harith Ikmal b. Mohd Afandi
Langgan:
Catatan (Atom)





























